Monday, June 9, 2008

wanita dan lelaki adalah berbeza

Saya akan memulakan topik pertama kita dengan membawa anda semua mendekati wanita secara umum. saya tahu dan faham bahawa wanita merupakan ciptaan Tuhan yang sangat unik dan rumit. (apa yang akan saya nyatakan berdasarkan kajian, ekperiment dan analisis yang dijalankan oleh saya selama beberapa tahun. Bagi kebanyakkan lelaki, wanita adalah seperti puzzle yang susah diselesaikan. Kebanyakkan tingkah laku dan perbuatan mereka sukar difahami oleh lelaki. Ini adalah disebabkan bahawa wanita dan lelaki merupakan ciptaan Tuhan dan dua karekter yang berbeza. Contohnya, wanita akan membeli majalah-majalah seperti cosmopolitan dan membaca novel. manakala lelaki pula akan membeli suratkhabar dan suka kepada sukan. Saya inginkan tekankan kepada anda bahawa pemikiran wanita dan lelaki sememangnya berbeza. Dengan memahami perkara yang akan menarik perhatian wanita, anda akan mendapat idea bagaimana hendak memikat wanita.


selepas menghabiskan masa selama 4 tahun lebih untuk belajar psikologi dan tingkahlaku, saya mendapati bahawa keinginan, kekuatan, kelemahan, sikap, personality dan sifat bagi lelaki dan wanita ditentukan oleh DNA dan keadaan sosial kita.Walaubagaimana pun, terdapat persamaan terhadap minat, keperluan, hubungan dan cinta terhadap setiap jantina.


pernahkah anda mendengar apabila wanita mengatakan seperti,"puteri mencari putera", "kawan dahulu", dan "mencari teman sehidup" dan perasaan ka anda bahawa tiada lelaki mengatakan seperti itu. Kenapa? Pernahkah anda mendengar kumpulan wanita bercerita mengenai lelaki? Perasaanka anda mereka bercerita mengunakan kod bahasa dan mengambil kira perkara kecil. Adakah anda sedar bagaimana wanita sangat suka membuat drama sendiri. Terdapat beberapa bahagian dalam otak manusia yang membawa kita keinginan yang berbeza dan adakalah bahagian tersebut akan membawa kepada konflik. Contohnya seseorang wanita menginginkan lelaki yang kuat dalam hidupnya tetapi dia juga ingin berdikari. Banyak lelaki mengatakan " saya benci dengan drama dan kepura-puraan wanita. kenapa mereka suka menciptanya". Ini disebabkan melalui drama, banyak perkara akan tercapai contohnya perhatian, emosi, kebenaran diri, kadang-kala menyeronakkan, menarik dan mengurangkan keboringan. Walau bagaimana pun, perkara ini sukar dimergerti oleh lelaki.


Ada kalanya wanita benci dengan lelaki kerana selalu bercakap mengenai sukan. tp bagi lelaki sukan mencapai banyak perkara seperti ; pertandingan, kuasa, dan dominasi.


wanita dan lelaki adalah karakter yang berbeza, oleh itu anda perlu mengetahui karakter wanita untuk lebih berjaya dengan wanita.

Sunday, June 8, 2008

About myself

Secara jujurnya, saya merupakan lelaki pemalu dengan perempuan. berhadapan dengan perempuan pun sda bergegar lutut kaki, apa lagi untuk bercakap dengan mereka one-by-one. tp itu semuanya cerita dahulu, for now walaupun saya bukannya seorg expert jika dibandingkan dengan kawan-kawan saya, tp saya suda boleh berhadapan dan bercakap dengan mereka. Semuanya ini adalah hasil pertolongan kawan saya, ebook yg saya beli dan live seminar dalam internet.
Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk membantu sahabat-sahabat saya atau anda semua supaya berjaya dengan perempuan dan mempunyai persenoliti yang dapat memikat perempuan. saya berharap dengan adanya blog ini, kita dapat berbincang sesama sendiri dan memperbaiki diri kita sendiri. semua ini adalah percuma untuk anda dimana saya telah membelanjakan banyak wang untuk melakukan kajian dan eksperiment untuk ada semua.

So, guyz enjoy urself.

Anda bolehla menghantar email pada alamat: nomoreproble@yahoo.com